Thursday, January 9, 2014

Silat Dan Matlamat Kotemporari



Terdetik bertanyakan soalan lazim sewaktu membasahkan tekak di sebuah warung dengan adik-adik segelanggang suatu ketika dulu, tentang matlamat mereka bersilat. Berbagai jawapan keluar yang seselera dengan jiwa mereka, antara yang lazim “untuk mengekalkan warisan tradisi”.
Sambil minum saya mencerna jawapan tersebut,  barangkali  itulah yang sering berlegar sebagai jawapan pesilat muda hari ini. Dalam diam saya berhujah sendirian untuk melihat kearifan jawapan tersebut. Bila saya mula membandingkan dengan matlamat seni bela diri bangsa lain amat berbeza terapan matamatnya. Tanpa berselindung mereka meyakinkan pengamalnya bahawa ianya boleh dijadikan pendinding diri walau bagaimana manapunnya berubahnya dunia.


Bila mana saya mengintai-intai  jawapan “untuk mengekalkan warisan tradisi” tercetus beberapa persoalan yang jawapannya juga seselera saya.
Kalau sekadar bermatlamat untuk mengekalkan tradisi  apa perlunya berlatih bermati-matian kerana silat sekadar berakhir di pentas-pentas keraian.
Kalau sekadar bermatlamat mengekalkan tradisi apa guna moyang-moyang terdahulu ‘bertawakal’ atas ilmu silat sewaktu mempertahankan kesucian tanah tumpah darah kita.
Kalau sekadar bermatlamat tradisi apa gunanya ilmu silat yang allah ilhamkan kepada umat melayu.
Sedarlah saya dalam diam, bukan orang lain yang mereputkan ‘jasad & roh’ silat kerana kalau sekadar matlamatnya tradisi kita menjadikan silat sekadar ‘pakaian’ yang cantik untuk  di peragakan tapi tidak berwibawa untuk  menutup aib, maruah & harga diri agama dan bangsa kita.
Yakini lah silat dangan’jasad & roh’ yang  diperturunkan kepada kita, selebihnya biarlah qada dan qadar ALLAH yang menjadi penentu langkah kita.


Sunday, November 17, 2013

Jangan berlagak seperti ayam jantan tetapi bersikaplah seperti ayam jantan.



Terkenang-kenang akan peribahasa ini tapi bahasanya lebih mudah kerana ianya 'bahasa basahan' di kampung saya. Begitu teliti oarang-orang tua dulu dalam penilaiannya, bagi mereka lagak ayam jantan tu jangan di ikut. Mencabar dan menjemput lawan sesuka hati, tapi bila dicabar atau kawanannya di cerobohi oleh ayam jantan lain bermati matian akan di pertahankannya.

Sewaktu menulis tentang sikap dan lagak ayam ini teringat saya akan kuliah jihad di sebuah masjid..
Nabi S.A.W bersabda : ( maksudnya seingat ingat lupa saya ) "Jangan kamu berdoa berjumpa musuh tapi sekiranya berjumpa jangan kamu lari darinya". Malangnya saya lupa akan perawi hadis tersebut.

Begitulah kedua-duanya peribahasa dan hadis nabi s.a.w kehendak dan matlamat yang hampir sama, semoga allah memberi kita kefahaman akannya dan kekuatan untuk mengamalkan.

AMIN

" jangan zalim pada hak ilmu silat "


Kebetulan hari ni allah memberi  kesempatan & kelapangan fikiran, alhamdulilah.

Ketentuan allah juga menjadikan saya seorang guru di sekolah dan menjadi pembantu guru silat saya di gelanggang. Teringat satu ketika bila berbual dengan pelajar yg juga meminati silat, saya menasihatkan  beliau tentang matarbat ilmu dan matarbat diri.

“ Kalau belajar silat jangan pukul orang sebarangan..bersikap & membalas atas perbuatan dengan hak ilmu. Kerana ilmu silat, ilmu membunuh. Kalau kita zalim dengan orang,  kita merendahkan matarbat & hak ilmu tersebut  juga  akan merendahkan matarbat diri  sendiri .”

Antara faham atau tidak saya mematikan perbualan kami, itu pun memang satu kelaziman dengan pelajar saya, semata mata untuk beliau mengasuh keupayaan berfikir.

Kalau di gelanggang sesekali menegur saudara segelanggang sambil mengingatkan diri sendiri  akan perkara yg sama..

“kalau nak ajar silat ajarlah pada org yang berhak, kerana ilmu allah ini lain sangat sifat dan haknya, jangan ajar sebelum menilai dulu siapa orangnya. Takut-takut kalau digunakan bukan pada tempatnya dan yang berhak baginya.”

Sesekali teringat saya akan pesanan  arwah aki andak kepada anak murid silatnya…
“ kalau belajar silat jangan tinggal sembahyang.”

Fahamlah saya asuhannya, kita akan faham akan hak ilmu silat bila kita faham dan menunaikan hak allah.

Semoga allah memberi  kita kefahaman akan ilmunya dan meletakkannya pada haknya. Amin.


Saturday, November 16, 2013

Angkuhnya kita kerana merampas sifat allah.





Sebelum baca dengar dulu qasidah ni, semoga allah menjadikan kita dikalangan orang yang mendapat kefahaman dan berlapang dada.




Baru-baru ni masa minum-minum selepas berlatih, rancak terdengar perbualan sekumpulan anak muda. Nak tak nak, terdengar juga isu yang di ketengahkan. Isunya memang dah lama berlegar dalam dunia melayu, cerita bab hebat dan kehebatan ilmu silat masing-masing.

Kalanya saya juga terpengaruh dengan isu-isu sebegini. Cuma pernah tergamam dalam kuliah magrib di sebuah masjid bila allah mengerakkan ustaz tersebut menghurai dan mengupas tentang 'ILMU ALLAH'.
Insyaallah saya akan cuba dapatkan nas al quraan & hadis nabi yang menjelaskan tentangnya.

Berbalik pada isu sekumpulan budak muda tersebut dan kaitan dgn kuliah 'ILMU ALLAH' 
pernahkah kita terfikir siapakah yang mengilhamkan ilmu tersebut, bukankah ALLAH, Jadi layakkah kita bersikap sombong dan zalim sehingga mendakwa ilmu tersebut hak kita dan di tanam kepada setiap pesilatnya sehingga mencetuskan perselisihan faham sesama kita. Sedangkan ilmu itu 'zat' ALLAH untuk qada & qadarnya.

Sekali sekala terfikir juga sombongnya kita dengan allah, angkuh sungguh sehingga mengambil hak dan gelarannya ( sekadar mengingatkan diri sendiri )
wallahhualam.

Friday, May 24, 2013

Khazanah kita bukan di mata kita lagi.

Saya kerap kali memantau jualan keris dan pelbagai senjata melayu yg dulunya merupakan dampingan harian masyarakat melayu kita. Bila bertanyakan rakan-rakan yang turut mencuri tumpuan dalam jualan tersebut ternyata hasilnya agak tidak menyeluruh dan berkisar dikalangan pengemar tertentu atau pengumpul tegar. 

Nyatanya masih kuat dogma tentang kerpercayaan tentang majisnya senjata-senjata lama tersebut sehingga bukan sahaja 'pemilik baru' malahan perwarisnya juga tidak ingin memiliki senjata tersebut.

Berbeza pula dengan masyarakat barat meskipun mempunyai kepercayaan yang sama atau sebaliknya ianya tidak menghalang mereka untuk memiliki senjata-senjata tersebut. Nyatanya mereka lebih mengemari sekiranya 'ianya' memiliki cerita untuk menjadi tajuk perbualan bersama rakan mereka. 

'Jadilah kita yang hanya memiliki cerita tanpa merujuk pada tuannya' Bagi yang masih memiliki khazanah tersebut kekalkan kerana ia menceritakan siapakah keturunan anda.


Monday, May 13, 2013

Dailog nabi saw bersama ibnu hudzaifah ibnu al-yamani

Dari Ibnu Hudzaifah ibnu Al-Yamani r.a, katanya" Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada baginda tentang kejahatan; kerana aku takut kejahatan itu menimpaku. Lalu aku bertanya ,
" Ya Rasulullah ! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah menurunkan kebaikan ( agama ) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?"

Jawab Rasulullah " Tentu"

Tanyaku " Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?"

Jawab Rasulullah " Ya ! tapi sudah cacat"

" Apa cacatnya?" Tanyaku.

" Suatu kaum membuat peraturan ( perundangan ) di luar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya"

"Sesudah kebaikan itu, timbul lagi kejahatan" Tanyaku.

"Ada. Iaitu orang-orang yang selalu memanggil di pintu neraka, lalu siapa yang memenuhi panggilannya ke dalam neraka itu " 

Aku tanya kembali" Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kepada kami ciri-ciri mereka"

Jawab Nabi saw " Baik! iaitu orang yang kulitnya sama dengan kita dan mereka berbicara memakai lidah kita   ( dinukilkan sebangsa, seagama dan berhujah dengan hadis )"

Tanyaku " Bagaimana petunjuk anda seandainya aku menemui hal yang demikian"

Jawab nabi saw " Tetaplah kamu bersama dengan jemaah dan pemimpin mereka ( kaum muslimin )"

Tanyaku " Jika tidak ada jemaah dan pemimpin"

Jawab Baginda " Tinggalkanlah kumpulan-kumpulan itu semua, sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah dengan pendirianmu itu"

KHAS UNTUK PEMINAT SILAT MELAYU

BAGI PEMINAT SILAT MELAYU
ANDA BOLEH MULA MEMBUAT TEMPAHAN
T'SHIRT LOK 9. MALAYSIA
BILA KE FB gelanggangmerpatijepang
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN.

Saturday, May 11, 2013

T' Shirt lok 9. Malaysia


T'Shirt 100% cotton
RM 20 ( Bagi ahli sekitar Selangor & KL )
RM 20 & kos penghantaran ( Bagi ahli & pengamal di negeri lain )
Dapatkan keterangan lanjut melalui FB gelanggangmerpatijepang
untuk sebarang tempahan & pertanyaan.

Saturday, April 30, 2011

Mahukah kita tidak di akui sebagai umat nabi s.a.w

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).

Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Sunday, January 30, 2011

Seminar Senaman Tua 30.1.2011




Silat Melayu keris Lok 9 telah melangsungkan seminar sehari Senaman Tua buat ahli-ahlinya yang masih tidak mempunyai sijil kejurulatihan senaman tua tersebut. Seramai 24 orang ahli telah tampil 'meletihkan' badan masing-masing selama sehari. Terima kasih kepada Mahaguru Azlan Ghani, Cikgu kamal dan cikgu Fadhil kerana sehari yangmereka luangkan bersama kami untuk ilmu yang sangat berharga tersebut. Buat semua ahli yang terlibat tahniah kerana meremajakan kembali usia.




Saturday, January 22, 2011

Saturday, January 8, 2011

Silat Sendeng Pedang Perisai Arwah Cikgu Ismail Hj Hamzah


Aksi yg jarang kita jumpa, pedang bersatu dangan perisai dalam gerak tari perang. Hebat semoga kerana warisan ini jarang-jarang dipertontonkan.


Demo Keris Cikgu Zul Majlis Khatam Sendeng MIAT


Melayu dan keris di buang jangan, rata2 persilatan melayu mempunyai keris dalam bela dirinya, bezanya hanyalah tarinya. Namun kesemuanya ternyata berseni dan ngeri buahnya." Tanpa keris hilanglah kemelayuanya "

Tuesday, January 4, 2011

Palestine


Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sungguh akan kalian dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang mempersekutukan Allah (musyrik).” (QS. al-Maa’idah [5]: 82).

Kagum melihat anak2 palestin ini merejam batu walau pun yang direjamkannya kereta kebal,
rasanya kalau diukur dengan umur kita atau tahap kependekaran kita seperti langit dengan bumi, tetapi apakah kita mempunyai keberanian yang sama seperti mereka dalam mempertahankan islam dan al aqsa. Kalau jawabnya tidak marilah kita sama-sama membina keyakinan jihad dan iman kita semula agar setara dengan mereka. Tidak perlu mendabik kependekaraan kita kalau kita tidak seberjasa seperti mereka kepada allah. Yakin benar anak-anak ini akan bantuan allah, semoga allah menetapkan iman kita seperti mereka..amin.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa.” (QS. al-Hajj [22]: 40). Allah ta’alaberfirman (yang artinya), “Jika Allah menolong kalian, maka niscaya tidak akan ada yang dapat mengalahkan kalian. Namun, jika Allah membiarkan kalian (tidak memberikan pertolongan) , maka siapakah lagi yang dapat menolong kalian setelah-Nya. Maka kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin itu bertawakal.” (QS. Ali Imran [3]: 160).



Sunday, January 2, 2011

Yayadan Rudy Djoharnaen


asalnya lagu ini dinyanyikan oleh kak pah, dinyanyikan semula..menarik untuk didengar, sangat teratur vokalnya dan yang paling penting tumpuan pada maksudnya jelas dan berkesan.

Joget Pahang Gemala Kasturi Pakcik Din Guai


Gendang Silat Pak Mat Bera