Friday, May 21, 2010

Tumbuk lada









<

Tumbuk lada dipercayai berasal dari Sumatera. Ia dianggap istimewa dan hanya di pakai oleh pembesar negeri. Di Negeri Sembilan, tumbok lada menjadi senjata utama dalam majlis adat istiadat dan merupakan salah satu elemen pelengkap pakaian rasmi diraja. Perkembangan perdagangan di Kepulauan Nuasantara pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan salah satu faktor utama penyebaran dan penggunaan tumbok lada di Tanah Melayu. Pedagang-pedagang Melayu dari Sumatera yang menjaja dan cara bertukar barang dalam perniagaan telah membawa masuk peralatan senjata bersama dengan hasil mahsul sebagai pertukaran barangan dagangan.

Tumbok lada diambil nama daripada bentuk ulunyayang menyerupai alat untuk menumbok lada. Ada juga pendapat yang menyatakan nama ini diperolehi hasil daripada tusukan yang pedih. Perbezaan nyata tumbok lada dengan senjata-senjata pendek lainnya terletak pada hulu, mata dan sarongnya. Matanya berkelok tebal, tajam dan runcing. Bentuk tersebut sesuai dengan fungsinya sebagai senjata khas untuk menikam. Hulu senjatanya biasa diperbuat daripada kayu ataupun Tandok. Hujung hulunya diukir dengan ukiran-ukiran yang bertingkat-tingkat. Senjata pendek yang mempunyai bentuk yang sama ialah Sewar dan Rencong Aceh.Tumbok lada yang biasa dimiliki oleh raja atau pembesar-pembesar negeri selalunya dihias dengan pahatan bermutu tinggi.Motif bunga pahatan awan timbul dikenali dengan nama 'awan larat' dan dawai pintal sekelilingnya diguna sebagai hiasan. Hujung hulunya ditambah dengan hiasan permata.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget