Monday, May 10, 2010

Melihat 'melayu' dalam ukirannya.





Agak lama tidak membaca buku Datuk S.Ahmad Jamal (tokoh penting dalam seni visual negara)Lantaran terlibat secara aktif dalam seni visual, dan kecenderungan menjadikan 'melayu' sebagai subjek karya saya buku rupa dan jiwa tulisannya merupakan kitab wajib yang perlu dibaca..'melayu' mula mencari akar budayanya sejak dulu lagi cuma tahun 1979 ledakan mencari 'melayu' mula dibuat secara lebih tersusun oleh banyak pihak..ketika inilah menariknya kita dihambat dengan persoalan ttg siapa kita.

Tumbuh berpunca,
Punca penuh rahsia,
Tajam tidak menikam lawan,
Tegak tidak memaut kawan,
tapi berlegar penuh mesra.

Dalam mengemas semula ingatan tentang apa yang pernah saya baca suatu ketika dulu, mata terjeling ttg falsafah ukiran melayu dalam buku tersebut. Tarikan dari perkataan tersebut menyedarkan 'melayu' sentiasa menyelitkan makna dalam setiap terjemahan fikiran mereka. Tiada yang dilakukan secara semborono..tentang tuhan (tumbuh berpunca punca penuh rahsia) dan selebihnya tentang 'hablun minal nas' Hubungan antara manusia yang telah ditetapkan oleh allah dan dirukunkan dalam kehidupan mereka. Mereka benamkam maksudnya dalam setiap ukiran yang menjadi tata hias rumah mereka suatu ketika dulu. Hari ini kita gagal melihat maksudnya mahu pun menjadikannya sebagai rukun hidup kita. Sukur menjadi 'melayu' dewasa ini..kerana 'melayunya kita' sentiasa dihias luarannya sahaja.

No comments:

Post a Comment