Wednesday, December 29, 2010

Impact kerambit - adik sepupu kerambit













Mungkin saya agak ketinggalan dalam evolusi kerambit, tetapi ternyata terkejut saya bila melihat sendiri impact kerambit ni, menurut kawan yang dah beli ternyata peranannya dan penggayaannya sama dengan kerambit. Menurut kawan saya ianya merupakan 'spana' tetapi penggunaannya diperluaskan sebagai kerambit. Lalu saya pun bukalah google untuk tengok kat mana nak beli..ternyata ianya barang import, mungkin masa kawan saya beli ianya memang 'spana' tetapi sekarang ianya dinamakan impact kerambit. Memang alat ini dikhususkan sebagai alat untuk pertahanan diri. Yang menariknya memang ianya 'halal' untuk dibawa kemana saja di negara kita.
Harganya pun boleh tahan paling murah pun dalam ebay pun RM 43.25 separuh harganya kos penghantaran. Masalahnya menurut kawan saya tak semua barang yang dia beli dari internet sampai ketangannya..itu yang risau. Tapi kalau nak mencuba apa salahnya, yang penting manafaat impact kerambit tu dalam keadaan bila terdesak. Kalau nak jamu mata boleh tengok dlm web ni http://www.omegatactical.com/othercool.html kalau nak beli dlm ebay pun ada.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget