Wednesday, December 29, 2010

Mishary Rashid Alafasy Surah Mulk The Dominion


Download Mishary Rashid Alafasy Surah Mulk The Dominion video

Dari Ibn Mas’ud r.a dari Nabi saw yang bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Al-Quran ini adalah “hidangan” dari Allah. Terimalah hidangan ini dengan kamu “memakannya”. Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang, penyembuhan yang berguna, penjaga kepada orang yang berlindung dengannya dan penyelamat kepada orang yang mengikutinya”. (riwayat Al-Hakim)

Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (riwayat Tarmizi)

Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang artinya : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
(Riwayat Muslim)

Sabda nabi s.a.w yang artinya : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang
(Riwayat Tarmizi)

No comments:

Post a Comment