Friday, January 8, 2010

Mengenal 'SARPA LUMAKU'



Agak asing kedengaran apa bila menyebut perkataan 'sarpa lumaku' namun itulah nama asal KERIS dalam alam melayu setelah dikaji oleh beberapa sarjana, inspirasi naga atau ular yang sedang bergerak menjadikan ianya berlok. 'Sarpa tapa' pula berinspirasi ular atau naga yang sedang tidur atau bertafakur (The Star 4 Sep 1995)....lalu ianya berkembang seperti mana yg kita lihat hari ini. Marilah kita membongkar mitos, falsafah dan evolusi 'sarpa lumaka'. Janganlah kita membiarkan ianya difahami secara bersendiri tanpa barasaskan ilmu. Malu rasanya apabila kita memahami keris melalui kajian Edward frey, Nes smith, A.H Hill, G.B Gardner kerana kita telah meminggirkan budaya kita dan zalim pada haknya.

Sedangkan ALLAH sentiasa menyeru kita untuk berilmu

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.

Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Mujaadalah ayat 11yang bermaksud “Niscaya Allah akan meninggikan derajat orang-orang yg beriman di antara kamu dan orang-orang yg diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.”

No comments:

Post a Comment