Sunday, January 31, 2010

Dangkalnya ilmu kita bila kita mengutuk Israel/Israil




Satu ketika terdengar suara yg mengutuk yahudi kerana menyerang Gaza, beribu saudara kita di sana syahid. Kekuatan kita hanya berteriak memaki yahudi ( seakan yahudi tu akan mati bila 'terpanah'dengan suara kita )seakan itu jelah yang mampu kita buat. Tetiba bila membaca beberapa blog saya terperanjat. Kerana dangkalnya ilmu kita bila membuta tuli melepaskan kemarahan. Ada suara2 yang mengutuk isreal. Nampak sangat kita tidak mengenali setiap nabi yang ALLAH utuskan.

Yahudinya bijak bila dia tubuhkan negara dia namakan negaranya isreal, sedang kita ( org islam ) ni selalunya lurus bendul dan tidak mengkaji. Sebab tu bila di kutuk isreal dgn nama yg pelbagai terasa sedih, sedih dgn nasib saudara di gaza dan sedih dgn saudara di Malaysia. Berikut ada beberapa nota dan firman ALLAH ttg yahudi dari simpanan saya untuk dikongsi bersama.

Menurut para ulama`, sepertimana yang ditulis di dalam kitab "Encyclopaedia of Seerah" karangan Azzarul Rahman daripada Muslim School Thrust of London, yang mana kemudiannya diterjemahkan pula tulisan beliau ini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; dimana kata Azzarul Rahman di dalam kitabnya itu bahawa yang dikatakan "Israil" itu adalah diambil sempena nama timang-timangan bagi Nabi Ya`kub a.s.. Dan Nabi Ya`kub adalah anak kepada Nabi Ishak a.s.. Dan Nabi Ishak pula adalah anak kepada Nabi Ibrahim a.s.. Dan kemudiannya bagi Nabi Yaakub a.s pula, beliau telah dikurniakan seramai 12 orang anak. Dan anaknya yang paling popular, yakni yang dilantik oleh ALLAH SWT menjadi rasul ialah Nabi Yusuf a.s.. Inilah dia yang pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w., katanya, “Itulah dia Yusuf dari keturunan yang mulia. Dimana ayahnya seorang Nabi, datuknya juga seorang Nabi, malah moyangnya juga adalah seorang Nabi.”...MasyaALLAH. Tuan-tuan carilah dalam salasilah para rasul, tuan-tuan tidak akan berjumpa salasilah sebegini kepada rasul-rasul yang lain kecuali Nabi Yusuf a.s.

Jadi lepas ni bila nak lepaskan kemarahan kutuk YAHUDI jgn kutuk nabi ALLAH Yaakub a.s. Barulah yahudi tak ketawakan kita dan kita nampak lebih bijak sedikit.

Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Allah Ta’ala telah jelas-jelas menerangkan permusuhan Yahudi dalam firmanNya:
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. (Qs. 5:82)
Dari Abdullah bin Amr r.a., katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja.”...Sahabat-sahabat baginda bertanya : “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?”...Baginda menjawab : “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (HR at-Tirmizi )

”Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, bagaimanakah pendapatmu jika Al Qur'an itu datang dari sisi Allah, padahal kamu mengingkarinya dan seorang saksi dari Bani Israil mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang disebut dalam) Al Qur'an lalu dia beriman, sedang kamu menyombongkan diri. Sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".(QS Al-Ahqaf ayat 10)

No comments:

Post a Comment