Monday, March 1, 2010

Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.



Bila menonton klip video selepas latihan langkah beradat cikgu azlan & cikgu suhaimi tercari-cari saya akan maksud bahasa tubuh mereka. berkali-kali saya meneliti klip tersebut, akhirnya saya terjumpa peribahasa yang sesuai dengan tafsiran gerak tubuh mereka.

Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (maksudnya : Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya )
Bagi saya melihat kependekaran mereka bermain langkah sebagai satu bahasa yang dituturkan, itulah bahasa pahlawan langkahnya menjelaskan maksud niatnya.

Sukar untuk saya gambarkan keseronokan melihat mereka beradu akal, mengakali satu sama lain dalam gerak silat mereka. Tergambar saya zaman kecil2 dulu bila melihat orang tua2 melagakkan gerak yang sama. Itulah warisan silat melayu, dalam gerak gempurnya akal sentiasa didahulukan dalam setiap permainannya.

No comments:

Post a Comment