Saturday, January 9, 2010

Mengenal Keris dari bentuknya



Setelah 800 tahun keris berevolusi selari dangan darjatnya di alam melayu. Dari senjata ianya digubah kearah estetika, lalu keindahan tersebut di namakan dengan nama-nama yang berada dalam ruang lingkup 'melayu' itu sendiri, namun apa juga hakikatnya keris begitu serasi dalam alam melayu dengan darjatnya tersendiri. Fungsinya tetap sama sebagai senjata.

Namun berpada-padalah dalam mengangkat darjat keris kerana ALLAH & Nabi S.A.W telah mengulangi berkali-kali dengan tegas agar kita meletakkan segala-galanya dalam hidup kita kerana ALLAH

Firman ALLAH Subhana wa Ta'ala, yang bermaksud:
"Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah Al-Anaam: 162 )

Firman Allah yang bermaksud:
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Dalam sebuah hadithsnya Baginda bersabda: "Bukankah aku telah mengingatkan kamu tentang dosa yang terbesar?"

Para sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah."
Baginda pun bersabda: "Mempersekutukan ALLAH dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa."

No comments:

Post a Comment