Saturday, January 9, 2010

Dimana silat dan peranannya ?



Merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Teuku Iskandar 1970) silat dilihat dari permukaan tanpa menyelami kehendak rohnya. Pun begitu memberi 'roh' bukan kelaziman mana-mana perguruan silat pada hari ini. Silat dicernakan oleh akal generasi melayu dewasa ini dengan makna yang bersifat individu.

Sebagai bangsa yang pernah dijajah serangan pertama yang dilakukan oleh penjajah ialah menghapuskan ilmu dan gurunya. Dimana-mana pun didunia itulah resamnya untuk terus berkuasa. Silat dan perguruannya tidak terkecuali dilenyapkan dari alam melayu.

Rahmatnya alam melayu mempertahankan dirinya sebelum dijajah silat dan perguruannya memusatkan idelogi kepada satu arah 'mempertahankan agama dan bangsa' lalu ianya terus berkembang, dan menjadi keperluan bagi setiap individu. Ianya pun diislamkan dengan berbagai amalan islam agar pengamalnya tidak tersasar dari matlamat agama dan bangsa tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah. (Riwayat Tarmizi).

Anak-anak muda ketika itu rata-ratanya keluar berjihad sama ada di gelanggang ilmu silat mahu pun perang untuk menyekat penjajahan agama dan tanah air mereka. Semuanya mengimpikan gelaran syahid.

Setelah Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu menyerahkan Pulau Balambangan pada tahun 1769 kepada Britain bermulalah era kolonial di alam melayu sehingga kini kita terus dijajah. warisan penjajahan itu masih kekal dalam minda alam melayu dan silat terus terpinggir.

Dasar pecah dan perintah membunuh ideologi silat yang telah digerakkan oleh perguruannya dalam era kebangkitan alam melayu. Hari ini tiada lagi berlapang dada berjabat saudara antara setiap perguruan tersebut, itulah kehendak penjajah. Sehingga dalam satu gelanggang bersaudara hanya pada nama silatnya sahaja.

Kita perlu melihat sejarah Afganistan selepas Russia berundur dari negara mereka. Mereka telah memenangkan ALLAH untuk pertahankan tanah air mereka. Namun mereka biarkan hati mereka bercerai berai, lantaran setiap 'war lord' menuntut habuan masing-masing dan tidak lagi berpegang pada ideologi agama dan bangsa diutamakan. Akhirnya mereka dijajah lagi.

Marilah kita meletakkan kembali idologi tersebut ke tempat yang hak baginya kerana memusatkan idologi tersebut secara tak langsung mengangkat kembali darjat perguruan silat kita.

Firman Allah SWT

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْبَيِّنَاتُ

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang bercerai berai dan berselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas (al-bayyinat).” (QS. Ali Imran: 105)

Jadikan agama sebagai landasan terbaik untuk berlapang dada dan fitrah manusia hanya boleh disatukan melalui agama (islam), Al Quraan dan sunah sebagai pengantara dunia sebelum kita berjumpa kembali di padang mahsyar untuk menunaikan hak saudara kita.

Firman ALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ
إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

"Hai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasul serta pemimpin dalam kalangan kamu, maka sekiranya kamu berselisih pada sesuatu perkara, maka kembalilah kepada ALLAH dan rasul sekiranya kamu beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Demikian itulah yang terbaik dan baik pula kesudahannya. "
[Surah an-Nisa' :59]

Sesungguh kita sejahtera dalam islam yang menjadikan kita bersaudara tanpa batas bangsa dan sempadan.

No comments:

Post a Comment