Sunday, January 31, 2010
Dangkalnya ilmu kita bila kita mengutuk Israel/Israil
Satu ketika terdengar suara yg mengutuk yahudi kerana menyerang Gaza, beribu saudara kita di sana syahid. Kekuatan kita hanya berteriak memaki yahudi ( seakan yahudi tu akan mati bila 'terpanah'dengan suara kita )seakan itu jelah yang mampu kita buat. Tetiba bila membaca beberapa blog saya terperanjat. Kerana dangkalnya ilmu kita bila membuta tuli melepaskan kemarahan. Ada suara2 yang mengutuk isreal. Nampak sangat kita tidak mengenali setiap nabi yang ALLAH utuskan.
Yahudinya bijak bila dia tubuhkan negara dia namakan negaranya isreal, sedang kita ( org islam ) ni selalunya lurus bendul dan tidak mengkaji. Sebab tu bila di kutuk isreal dgn nama yg pelbagai terasa sedih, sedih dgn nasib saudara di gaza dan sedih dgn saudara di Malaysia. Berikut ada beberapa nota dan firman ALLAH ttg yahudi dari simpanan saya untuk dikongsi bersama.
Menurut para ulama`, sepertimana yang ditulis di dalam kitab "Encyclopaedia of Seerah" karangan Azzarul Rahman daripada Muslim School Thrust of London, yang mana kemudiannya diterjemahkan pula tulisan beliau ini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; dimana kata Azzarul Rahman di dalam kitabnya itu bahawa yang dikatakan "Israil" itu adalah diambil sempena nama timang-timangan bagi Nabi Ya`kub a.s.. Dan Nabi Ya`kub adalah anak kepada Nabi Ishak a.s.. Dan Nabi Ishak pula adalah anak kepada Nabi Ibrahim a.s.. Dan kemudiannya bagi Nabi Yaakub a.s pula, beliau telah dikurniakan seramai 12 orang anak. Dan anaknya yang paling popular, yakni yang dilantik oleh ALLAH SWT menjadi rasul ialah Nabi Yusuf a.s.. Inilah dia yang pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w., katanya, “Itulah dia Yusuf dari keturunan yang mulia. Dimana ayahnya seorang Nabi, datuknya juga seorang Nabi, malah moyangnya juga adalah seorang Nabi.”...MasyaALLAH. Tuan-tuan carilah dalam salasilah para rasul, tuan-tuan tidak akan berjumpa salasilah sebegini kepada rasul-rasul yang lain kecuali Nabi Yusuf a.s.
Jadi lepas ni bila nak lepaskan kemarahan kutuk YAHUDI jgn kutuk nabi ALLAH Yaakub a.s. Barulah yahudi tak ketawakan kita dan kita nampak lebih bijak sedikit.
Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".
hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Allah Ta’ala telah jelas-jelas menerangkan permusuhan Yahudi dalam firmanNya:
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. (Qs. 5:82)
Dari Abdullah bin Amr r.a., katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja.”...Sahabat-sahabat baginda bertanya : “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?”...Baginda menjawab : “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (HR at-Tirmizi )
”Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, bagaimanakah pendapatmu jika Al Qur'an itu datang dari sisi Allah, padahal kamu mengingkarinya dan seorang saksi dari Bani Israil mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang disebut dalam) Al Qur'an lalu dia beriman, sedang kamu menyombongkan diri. Sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".(QS Al-Ahqaf ayat 10)
Tuesday, January 19, 2010
Hari Keluarga Seni Beladiri 2010
1- Objektif :
1-1 Melakukan percutian keriangan bersama rakan
persatuan senibeladiri dan ahli keluarga dari setiap
cawangan.
2- Matlamat :
2-1 Mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ahli
persatuan.
2-2 Melepaskan ketengangan / melapangkan fikiran buat
seketika dengan aktiviti riadah luar.
2-3 Melengkapkan kalender aktiviti tahunan persatuan.
3- Skop :
3-1 Program terbuka kepada semua ahli , keluarga serta
semua pengamal / persatuan senibeladiri yang
berminat.
4- Matlumat program :
4-1 Tarikh : 9/4/10 ~ 11/4/10
4-2 Jangka masa : 3 hari 2 malam
4-3 Lokasi : Mercu Beach Resort, Kuantan ,
Pahang.
4-4 Pengangkutan : Kenderaan sendiri
5- Pengisian Program :
5-1 Sessi ramah mesra.
5-2 Mandi pantai
5-3 Karooke
5-4 Seminar
i- Adat & Istiadat Melayu
ii- Tari Senjata Melayu
5-5 Sukaneka pantai / Family day
5-6 Majlis makan malam bersama tetamu kehormat.
Ucapan amanat Presiden PSMKL9
Demontrasi dari pengamal Perguruan Silat
5-7 Cabutan bertuah / Lucky draw.
5-8 Penyampaian selempang / Amanat Gelanggang
/ Tauliah Cikgu.
5-9 Sessi Fotografi
Friday, January 15, 2010
Islam mengikat kita sebagai saudara
Tak semua berkelapangan dalam latihan kali ini, Alhamdulilah dapat juga mengambil gambar kenangan ahli terbaru lok 9 di Sungai Buloh. Balik dari gelanggang terus edit apa yang patut, masukan beberapa gambar agar rakan segelanggang tak ralat sangat bila nak tengok gambar terbaru. Lighting bermasalah jadi hasilnya tak seperti yg diinginkan( teringat firman ALLAH...mereka merancang tapi sebaik-baik rancangan dari ALLAH ). Apa pun salam hormat untuk semua, semoga pertemuan & perpisahan kita kerana ALLAH. Insyaallah bila berkelapangan saya akan masukkan semua gambar yang dikira sesuai untuk koleksi bersama.
Sunday, January 10, 2010
Pahlawan melayu pernah diuji
Pahlawan melayu diuji kepintaran dan kependekaraan bermain akal dengan senjata di tangan. Tepuk dada siapa musuhnya, namun kita tewas di Sulu dan Balambangan pada 1769. Tewas dan menang bukan ukuran kependekaran kerana kita 'melawan' untuk tidak membiarkan alam melayu diratah sang penjajah. Kita terus dijajah sehingga 1945 apabila British kembali memerintah, segenap bumi melayu menjadi saksi pahlawan melayu menyatukan tekadnya untuk meletakkan hak daulatnya bangsa melayu pada haknya. Gelombang kebangkitan meledak dan terhunusnya keberanian akal melangkaui zaman. Prinsipnya tetap sama..kalah atau menang bukan ukuran. 1957 melayu MERDEKA dengan bukan sekadar laungan.
Hari ini 'pahlawan melayu' itu masih lagi mengintai dari jendela zaman, apakah rohnya perlu di 'seru' untuk mengisi pertimbangan.
HAMKA dalam dunia melayu
Dewasa ini beliau hanya dikenali atas nama sahaja, sedang jasa & perjuangannya membebaskan minda bangsa melayu terlalu besar ukuran nilainya. Anak-nak kita apakah terhinggap nama HAMKA di telinga mereka?
Marilah kita mengenal HAMKA melebihi namanya, kerana darah pejuang mengalir dari akal dan penanya. Semoga kita di izin ALLAH untuk bercerita tentang HAMKA lebih dari namanya untuk anak cucu kita.
Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA).
Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam koleksi ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.
Latar Belakang Ulama
Pak Hamka atau Buya Hamka adalah nama istimewa yang mempunyai nilai tersendiri di persada perkembangan Islam dan dunia kesusasteraan nusantara. Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam ( kaum muda). Menariknya pula, datuk beliau adalah ulama tarekat yang bersuluk terkenal. Tuan Kisa-i ( datuk Hamka) tetap mengamal Thariqat Naqsyabandiyah, istiqamah mengikut Mazhab Syafie. Pemahaman Islam Tuan Kisa-i sama dengan pegangan ‘Kaum Tua’, tetapi pada zaman beliau istilah ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ belum tersebar luas. Anak beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk tokoh besar dalam perjuangan ‘Kaum Muda’. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah menolak amalan Thariqat Naqsyabandiyah, sekali gus menolak ikatan ‘taqlid’, tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Manakala ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah.
Menurut sejarahnya, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim adalah tuan guru kepada Sheikh Haji Ahmad Jelebu[1] yang riwayat hidupnya turut disajikan dalam koleksi ini. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1945.
Saturday, January 9, 2010
Dimana silat dan peranannya ?
Merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Teuku Iskandar 1970) silat dilihat dari permukaan tanpa menyelami kehendak rohnya. Pun begitu memberi 'roh' bukan kelaziman mana-mana perguruan silat pada hari ini. Silat dicernakan oleh akal generasi melayu dewasa ini dengan makna yang bersifat individu.
Sebagai bangsa yang pernah dijajah serangan pertama yang dilakukan oleh penjajah ialah menghapuskan ilmu dan gurunya. Dimana-mana pun didunia itulah resamnya untuk terus berkuasa. Silat dan perguruannya tidak terkecuali dilenyapkan dari alam melayu.
Rahmatnya alam melayu mempertahankan dirinya sebelum dijajah silat dan perguruannya memusatkan idelogi kepada satu arah 'mempertahankan agama dan bangsa' lalu ianya terus berkembang, dan menjadi keperluan bagi setiap individu. Ianya pun diislamkan dengan berbagai amalan islam agar pengamalnya tidak tersasar dari matlamat agama dan bangsa tersebut.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah. (Riwayat Tarmizi).
Anak-anak muda ketika itu rata-ratanya keluar berjihad sama ada di gelanggang ilmu silat mahu pun perang untuk menyekat penjajahan agama dan tanah air mereka. Semuanya mengimpikan gelaran syahid.
Setelah Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu menyerahkan Pulau Balambangan pada tahun 1769 kepada Britain bermulalah era kolonial di alam melayu sehingga kini kita terus dijajah. warisan penjajahan itu masih kekal dalam minda alam melayu dan silat terus terpinggir.
Dasar pecah dan perintah membunuh ideologi silat yang telah digerakkan oleh perguruannya dalam era kebangkitan alam melayu. Hari ini tiada lagi berlapang dada berjabat saudara antara setiap perguruan tersebut, itulah kehendak penjajah. Sehingga dalam satu gelanggang bersaudara hanya pada nama silatnya sahaja.
Kita perlu melihat sejarah Afganistan selepas Russia berundur dari negara mereka. Mereka telah memenangkan ALLAH untuk pertahankan tanah air mereka. Namun mereka biarkan hati mereka bercerai berai, lantaran setiap 'war lord' menuntut habuan masing-masing dan tidak lagi berpegang pada ideologi agama dan bangsa diutamakan. Akhirnya mereka dijajah lagi.
Marilah kita meletakkan kembali idologi tersebut ke tempat yang hak baginya kerana memusatkan idologi tersebut secara tak langsung mengangkat kembali darjat perguruan silat kita.
Firman Allah SWT
وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْبَيِّنَاتُ
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang bercerai berai dan berselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas (al-bayyinat).” (QS. Ali Imran: 105)
Jadikan agama sebagai landasan terbaik untuk berlapang dada dan fitrah manusia hanya boleh disatukan melalui agama (islam), Al Quraan dan sunah sebagai pengantara dunia sebelum kita berjumpa kembali di padang mahsyar untuk menunaikan hak saudara kita.
Firman ALLAH:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ
إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
"Hai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasul serta pemimpin dalam kalangan kamu, maka sekiranya kamu berselisih pada sesuatu perkara, maka kembalilah kepada ALLAH dan rasul sekiranya kamu beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Demikian itulah yang terbaik dan baik pula kesudahannya. "
[Surah an-Nisa' :59]
Sesungguh kita sejahtera dalam islam yang menjadikan kita bersaudara tanpa batas bangsa dan sempadan.
katakanlah..hidup dan matiku, hanya untuk ALLAH
Adat senjata bergantung pada iman dan niat pemakainya. Hunuskan keris sesuai dengan syariatnya (ALLAH), Kerana jalan akhir kita hanya syurga atau neraka.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah s.w.t. sesudah syirik daripada titisan mani yang diletakkan didalam rahim yang haram baginya" (Riwayat Ibn Abid Dunya)
Mengenal Keris dari bentuknya
Setelah 800 tahun keris berevolusi selari dangan darjatnya di alam melayu. Dari senjata ianya digubah kearah estetika, lalu keindahan tersebut di namakan dengan nama-nama yang berada dalam ruang lingkup 'melayu' itu sendiri, namun apa juga hakikatnya keris begitu serasi dalam alam melayu dengan darjatnya tersendiri. Fungsinya tetap sama sebagai senjata.
Namun berpada-padalah dalam mengangkat darjat keris kerana ALLAH & Nabi S.A.W telah mengulangi berkali-kali dengan tegas agar kita meletakkan segala-galanya dalam hidup kita kerana ALLAH
Firman ALLAH Subhana wa Ta'ala, yang bermaksud:
"Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah Al-Anaam: 162 )
Firman Allah yang bermaksud:
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Dalam sebuah hadithsnya Baginda bersabda: "Bukankah aku telah mengingatkan kamu tentang dosa yang terbesar?"
Para sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah."
Baginda pun bersabda: "Mempersekutukan ALLAH dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa."
Friday, January 8, 2010
Mengenal 'SARPA LUMAKU'
Agak asing kedengaran apa bila menyebut perkataan 'sarpa lumaku' namun itulah nama asal KERIS dalam alam melayu setelah dikaji oleh beberapa sarjana, inspirasi naga atau ular yang sedang bergerak menjadikan ianya berlok. 'Sarpa tapa' pula berinspirasi ular atau naga yang sedang tidur atau bertafakur (The Star 4 Sep 1995)....lalu ianya berkembang seperti mana yg kita lihat hari ini. Marilah kita membongkar mitos, falsafah dan evolusi 'sarpa lumaka'. Janganlah kita membiarkan ianya difahami secara bersendiri tanpa barasaskan ilmu. Malu rasanya apabila kita memahami keris melalui kajian Edward frey, Nes smith, A.H Hill, G.B Gardner kerana kita telah meminggirkan budaya kita dan zalim pada haknya.
Sedangkan ALLAH sentiasa menyeru kita untuk berilmu
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Mujaadalah ayat 11yang bermaksud “Niscaya Allah akan meninggikan derajat orang-orang yg beriman di antara kamu dan orang-orang yg diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.”
FREE PALESTINE
Menangkanlah Allah s.w.t di dalam jiwa-jiwa kita dengan beriltizam dengan manhaj Allah s.w.t serta mendirikan kewajipan dan syiar-syiar Islam di dalam diri, rumah, dan biah yang diduduki (suasana sekeliling). Demikian juga kita perlu berusaha untuk sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t, membaca Al-Quran dan menghadirkan Allah s.w.t dalam setiap urusan. Firman Allah s.w.t : “ Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (Surah Al-Anfaal : 45). Juga di dalam firmanNya : “ Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Anfaal : 46)
FREE PALESTIN
Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w : “ Perumpamaan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti sebuah binaan, ia saling menguatkan.” Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang diriwayatkan oleh Muslim : “Perumpamaan orang-orang mukmin pada kasih sayang, rahmat dan perasaan mereka adalah seperti sebuah jasad, apabila sebuah anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut berasa sakit.” Sabda Rasulullah s.a.w juga : “Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam maka dia bukan dari kalangan mereka.”
Surah Ali Imran 3 : 16
Surah At Taubah ayat 14
Firman ALLAH : "perangi mereka nescaya ALLAH menyiksa mereka
melalui tangan kamu. ALLAH menghina mereka dan menolong kamu
menewaskan mereka..Dia (ALLAH) mengubat hati orang beriman"
Surah al anfal ayat 60
Gelanggang Silat Melayu Keris Lok 9, Sg Buloh, Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)