Saturday, December 18, 2010

Catatan untuk pahlawan



Kerap kali saya menonton klip video ni dan bagi saya ianya tidak pernah lekang dari mengingatkan saya ttg Afganistan dan Kesultanan Melaka. Kita letakkan suasana Melaka kerana ianya merupakan catitan pahit bagi bangsa melayu. Biar pun kedua-duanya berlatarkan belakangkan masa yang berbeza kedua2nya runtuh atas faktor yang sama iaitu akibat persamaan yang dilihat sebagai perbezaanlah yang gagal menyatukan "panglima2 perang" yang ada ketika itu menjadikan kekuatan yang ada gagal menghalang penjajah menjarah tanah air mereka. Lantas menjadikan kekuatan yang ada begitu rapuh untuk diharapkan. Ketika memikirkan tentang polimik ini teringat saya akan firman allah yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain…” (al-Hujurat : 12)

Begitulah sejarah silam yang bakal mendidik kita selagi kita memikirkannya, hari ini kita jangan lagi membiarkan persamaan itu dilihat sebagai perbezaan kerana ianya menjadikan matlamat kita rapuh.

Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:

“Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)…”

Marilah kita menyatukan tekad dan matlamat dalam setiap langkah persilatan kita

No comments:

Post a Comment