Thursday, December 30, 2010

Provokasi terhadap islam..dimana kita























































































Tentu sahaja visual diatas membangkitkan berbagai luahan dari sesiapa sahaja yang menyintai ALLAH dan islam, saya sendiri begitu berhati2 dan mengawal perasaan saya sewaktu menatapnya, tak mampu meluahkan perasaan saya dengan tulisan sewaktu menatapnya. Akhirnya saya sendiri sedar bahawa bukan mereka sahaja yang menghina islam, kita sendiri( penganut islam) kerap kali melakukannya cuma kita lakukan secara tidak sedar atau jahil. Fikir2kanlah...setiap perilaku kita yang tidak mentaati suruhan allah dan larangannya bukan kah satu penghinaan terhadap ALLAH dan islam. Masalah sosial yang parah dalam masyarakat kita tanpa usaha kita untuk mengatasinya bukankah juga penghinaan. Sedang Nabi S.A.W menegaskan kita agar menyampaikan dakwah tanpa membataskan siapa penyampainya. Menegur atas kemungkaran yang berlaku dalam persekitaran kita juga dakwah. Kita lebih banyak mengeluh, mencerca dan sekadar melihat saudara seagama kita mengabaikan hak ALLAH terhadap mereka tanpa sebarang usaha dakwah dan melepaskan diri dengan mengakui kita memiliki selemah-lemah iman apabila melihat kemungkaran. Jauh sekali usaha kita untuk menerangkan islam kepada penganut agama lain.

firman Allah SWT :-
"Dan janganlah kamu mencerca mereka yang mengajak kepada selain Allah nescaya mereka juga akan mencerca Allah dalam keadaan permusuhan tanpa sebarang ilmu " ( Al-Anam : 109 )
Maka para ulama tafsir mentafsirkan maksud ayat di atas dengan kata mereka :-
" Iaitu janganlah kamu mencerca tuhan mereka kerana ia akan menjadi sebab pula mereka mencerca Allah ( At-Tashil Li 'Ulum At-Tanzil, 2/18 ;Tafsir Al-Bagahawi, 2/121)"

Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang mengajak pada kebajikan (Islam), memerintahkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Qs. Ali-Imraan [3]: 104).

Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”



Poster perang dunia ke 2 (WW2)






































Perang yang paling banyak mengorbankan manusia dan mereka berperang dari segala aspek. Antara yang wajib perang saraf..entah macam mana saya terfikir tentang ni lalu mulalah mencari dalam google. Yang paling menarik minat saya dalam perang saraf ni mereka menggunakan imej visual. Senang dan cepat untuk menyampaikan maklumat. Perang....puas tengok cerita perang, tapi entah apa rasanya jika kita berperang.





Wednesday, December 29, 2010

Iklan lama jual ka wee, karate key & shu cu





Saya tertarik dengan iklan ni, bersungguh betul mereka mencipta dan menjual senjata, tetapi yg paling menarik bagi saya 'ka wee' agak asing daripada nama dan bentuknya. Mungkin di Malaysia ada yang mahir menggunakannya.