Kebetulan hari ni
allah memberi kesempatan &
kelapangan fikiran, alhamdulilah.
Ketentuan allah juga
menjadikan saya seorang guru di sekolah dan menjadi pembantu guru silat saya di
gelanggang. Teringat satu ketika bila berbual dengan pelajar yg juga meminati
silat, saya menasihatkan beliau tentang
matarbat ilmu dan matarbat diri.
“ Kalau belajar silat
jangan pukul orang sebarangan..bersikap & membalas atas perbuatan dengan
hak ilmu. Kerana ilmu silat, ilmu membunuh. Kalau kita zalim dengan orang, kita merendahkan matarbat & hak ilmu
tersebut juga akan merendahkan matarbat diri sendiri .”
Antara faham atau
tidak saya mematikan perbualan kami, itu pun memang satu kelaziman dengan
pelajar saya, semata mata untuk beliau mengasuh keupayaan berfikir.
Kalau di gelanggang
sesekali menegur saudara segelanggang sambil mengingatkan diri sendiri akan perkara yg sama..
“kalau nak ajar silat
ajarlah pada org yang berhak, kerana ilmu allah ini lain sangat sifat dan
haknya, jangan ajar sebelum menilai dulu siapa orangnya. Takut-takut kalau
digunakan bukan pada tempatnya dan yang berhak baginya.”
Sesekali teringat saya
akan pesanan arwah aki andak kepada anak murid silatnya…
“ kalau belajar silat
jangan tinggal sembahyang.”
Fahamlah saya
asuhannya, kita akan faham akan hak ilmu silat bila kita faham dan menunaikan
hak allah.
Semoga allah memberi kita kefahaman akan ilmunya dan meletakkannya
pada haknya. Amin.
No comments:
Post a Comment