Sunday, November 17, 2013

Jangan berlagak seperti ayam jantan tetapi bersikaplah seperti ayam jantan.



Terkenang-kenang akan peribahasa ini tapi bahasanya lebih mudah kerana ianya 'bahasa basahan' di kampung saya. Begitu teliti oarang-orang tua dulu dalam penilaiannya, bagi mereka lagak ayam jantan tu jangan di ikut. Mencabar dan menjemput lawan sesuka hati, tapi bila dicabar atau kawanannya di cerobohi oleh ayam jantan lain bermati matian akan di pertahankannya.

Sewaktu menulis tentang sikap dan lagak ayam ini teringat saya akan kuliah jihad di sebuah masjid..
Nabi S.A.W bersabda : ( maksudnya seingat ingat lupa saya ) "Jangan kamu berdoa berjumpa musuh tapi sekiranya berjumpa jangan kamu lari darinya". Malangnya saya lupa akan perawi hadis tersebut.

Begitulah kedua-duanya peribahasa dan hadis nabi s.a.w kehendak dan matlamat yang hampir sama, semoga allah memberi kita kefahaman akannya dan kekuatan untuk mengamalkan.

AMIN

" jangan zalim pada hak ilmu silat "


Kebetulan hari ni allah memberi  kesempatan & kelapangan fikiran, alhamdulilah.

Ketentuan allah juga menjadikan saya seorang guru di sekolah dan menjadi pembantu guru silat saya di gelanggang. Teringat satu ketika bila berbual dengan pelajar yg juga meminati silat, saya menasihatkan  beliau tentang matarbat ilmu dan matarbat diri.

“ Kalau belajar silat jangan pukul orang sebarangan..bersikap & membalas atas perbuatan dengan hak ilmu. Kerana ilmu silat, ilmu membunuh. Kalau kita zalim dengan orang,  kita merendahkan matarbat & hak ilmu tersebut  juga  akan merendahkan matarbat diri  sendiri .”

Antara faham atau tidak saya mematikan perbualan kami, itu pun memang satu kelaziman dengan pelajar saya, semata mata untuk beliau mengasuh keupayaan berfikir.

Kalau di gelanggang sesekali menegur saudara segelanggang sambil mengingatkan diri sendiri  akan perkara yg sama..

“kalau nak ajar silat ajarlah pada org yang berhak, kerana ilmu allah ini lain sangat sifat dan haknya, jangan ajar sebelum menilai dulu siapa orangnya. Takut-takut kalau digunakan bukan pada tempatnya dan yang berhak baginya.”

Sesekali teringat saya akan pesanan  arwah aki andak kepada anak murid silatnya…
“ kalau belajar silat jangan tinggal sembahyang.”

Fahamlah saya asuhannya, kita akan faham akan hak ilmu silat bila kita faham dan menunaikan hak allah.

Semoga allah memberi  kita kefahaman akan ilmunya dan meletakkannya pada haknya. Amin.


Saturday, November 16, 2013

Angkuhnya kita kerana merampas sifat allah.





Sebelum baca dengar dulu qasidah ni, semoga allah menjadikan kita dikalangan orang yang mendapat kefahaman dan berlapang dada.




Baru-baru ni masa minum-minum selepas berlatih, rancak terdengar perbualan sekumpulan anak muda. Nak tak nak, terdengar juga isu yang di ketengahkan. Isunya memang dah lama berlegar dalam dunia melayu, cerita bab hebat dan kehebatan ilmu silat masing-masing.

Kalanya saya juga terpengaruh dengan isu-isu sebegini. Cuma pernah tergamam dalam kuliah magrib di sebuah masjid bila allah mengerakkan ustaz tersebut menghurai dan mengupas tentang 'ILMU ALLAH'.
Insyaallah saya akan cuba dapatkan nas al quraan & hadis nabi yang menjelaskan tentangnya.

Berbalik pada isu sekumpulan budak muda tersebut dan kaitan dgn kuliah 'ILMU ALLAH' 
pernahkah kita terfikir siapakah yang mengilhamkan ilmu tersebut, bukankah ALLAH, Jadi layakkah kita bersikap sombong dan zalim sehingga mendakwa ilmu tersebut hak kita dan di tanam kepada setiap pesilatnya sehingga mencetuskan perselisihan faham sesama kita. Sedangkan ilmu itu 'zat' ALLAH untuk qada & qadarnya.

Sekali sekala terfikir juga sombongnya kita dengan allah, angkuh sungguh sehingga mengambil hak dan gelarannya ( sekadar mengingatkan diri sendiri )
wallahhualam.