Dari Ibnu Hudzaifah ibnu Al-Yamani r.a,
katanya" Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang
kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada baginda tentang kejahatan; kerana
aku takut kejahatan itu menimpaku. Lalu aku bertanya ,
" Ya Rasulullah ! Kami dahulu berada
dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah menurunkan kebaikan (
agama ) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?"
Jawab Rasulullah " Tentu"
Tanyaku " Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?"
Jawab Rasulullah " Ya ! tapi sudah cacat"
" Apa cacatnya?" Tanyaku.
" Suatu kaum membuat peraturan (
perundangan ) di luar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau
mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya"
"Sesudah kebaikan itu, timbul lagi kejahatan" Tanyaku.
"Ada. Iaitu orang-orang yang selalu memanggil di pintu neraka, lalu siapa yang memenuhi panggilannya ke dalam neraka itu "
Aku tanya kembali" Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kepada kami ciri-ciri mereka"
Jawab Nabi saw " Baik! iaitu orang yang
kulitnya sama dengan kita dan mereka berbicara memakai lidah kita (
dinukilkan sebangsa, seagama dan berhujah dengan hadis )"
Tanyaku " Bagaimana petunjuk anda seandainya aku menemui hal yang demikian"
Jawab nabi saw " Tetaplah kamu bersama dengan jemaah dan pemimpin mereka ( kaum muslimin )"
Tanyaku " Jika tidak ada jemaah dan pemimpin"
Jawab Baginda " Tinggalkanlah
kumpulan-kumpulan itu semua, sekalipun engkau akan memakan akar-akar
kayu, namun engkau tetaplah dengan pendirianmu itu"
No comments:
Post a Comment