Tuesday, May 25, 2010
Pahlawan sulu
Setelah puas meneliti senjata pahlawan Sulu dan mengetahui sedikit sebanyak cerita mereka, keinginan untuk mengenal pemilik senjata tersebut semakin membuak-buak. Terasa puas apa bila menemui mereka. 'Lengkaplah cerita senjata dan pemiliknya'
Friday, May 21, 2010
Tumbuk lada
<
Tumbuk lada dipercayai berasal dari Sumatera. Ia dianggap istimewa dan hanya di pakai oleh pembesar negeri. Di Negeri Sembilan, tumbok lada menjadi senjata utama dalam majlis adat istiadat dan merupakan salah satu elemen pelengkap pakaian rasmi diraja. Perkembangan perdagangan di Kepulauan Nuasantara pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan salah satu faktor utama penyebaran dan penggunaan tumbok lada di Tanah Melayu. Pedagang-pedagang Melayu dari Sumatera yang menjaja dan cara bertukar barang dalam perniagaan telah membawa masuk peralatan senjata bersama dengan hasil mahsul sebagai pertukaran barangan dagangan.
Tumbok lada diambil nama daripada bentuk ulunyayang menyerupai alat untuk menumbok lada. Ada juga pendapat yang menyatakan nama ini diperolehi hasil daripada tusukan yang pedih. Perbezaan nyata tumbok lada dengan senjata-senjata pendek lainnya terletak pada hulu, mata dan sarongnya. Matanya berkelok tebal, tajam dan runcing. Bentuk tersebut sesuai dengan fungsinya sebagai senjata khas untuk menikam. Hulu senjatanya biasa diperbuat daripada kayu ataupun Tandok. Hujung hulunya diukir dengan ukiran-ukiran yang bertingkat-tingkat. Senjata pendek yang mempunyai bentuk yang sama ialah Sewar dan Rencong Aceh.Tumbok lada yang biasa dimiliki oleh raja atau pembesar-pembesar negeri selalunya dihias dengan pahatan bermutu tinggi.Motif bunga pahatan awan timbul dikenali dengan nama 'awan larat' dan dawai pintal sekelilingnya diguna sebagai hiasan. Hujung hulunya ditambah dengan hiasan permata.
Thursday, May 20, 2010
Tunaikan hak saudara muslim kita.
Tuesday, May 18, 2010
Kutbah akhir nabi S.A.W
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sunday, May 16, 2010
Kesultanan Sulu
Sewaktu mencari gambar sundang dalam beberapa blog, saya terjumpa satu laman web dari Filipina, kerana latar bahasanya bahasa tempatan mereka saya gagal memahami maksud yg ingin di sampaikan. Persamaan senjata dalam laman web tersebut menyakinkan saya ianya hasil peninggalan pahlawan kesultanan sulu, lantas saya cuba mencari serba sedikit fakta siapakah yang mengasaskan kesultanan tersebut.
Menariknya ia mempunyai perkaitan antara kesultanan Johor. Walaupun faktanya menyatakan 'arab dari Johor' pastinya ia sudah berasimilasi dengan budaya dan pemikiran kesultanan Johor sehingga dapat membangunkan sebuah kesultanan di Sulu. Menariknya senjata pahlawan mereka dapat menceritakan asal usulnya.
Sekitar era 1450-an, seorang Arab dari Johor yaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, ia mendirikan Kesultanan Sulu dan memakai gelar "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelara "Paduka" adalah gelar setempat yang berarti tuan sedangkan "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpas pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkawinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudian menyerahkan Palawan kepada Spanyol.-sumber wikipedia
Friday, May 14, 2010
Nilai mata keris
Nilai keris terletak pada ukuran matanya..gambaran jenis dan pemiliknya diukur pada mata tersebut, dalam catatan buku 'Rupa dan Jiwa' ianya menjelaskan nilai mata tersebut:
Jenis mata keris dan jumlah loknya:
Keris sepukal - tidak berlok
Keris sempena - 3,5,7 lok
Keris cerita - 9,11,13,15 lok
Keris rantai - 17 atau lebih lok
Penggunaan keris ditentukan oleh loknya:
9 lok - ketua atau raja
7 lok - permaisuri (disimpan di rumah)
5 lok - putera raja
3 lok - panglima
Mandi keris
Meneliti semula buku 'Rupa dan jiwa' mata saya tertarik dengan kaedah mandi keris yang dilakukan oleh pahlawan terdahulu, barang kali ianya masih menjadi ikutan bagi mereka yg mengetahui hari ini, bagi saya yang baru kali pertama meneliti kaedahnya terasa kagum dengan kaedah tersebut.
Sangat kompleks dan tentunya melibatkan penelitian dan pengamatan bahan oleh pahlawan terdahulu sehingga mereka menemui bahan yang sesuai untuk 'menjaga' sesuatu yang berharga bagi mereka.
Tutup tepi mata keris dgn lilin
bubuh mata keris dalam campuran nasi,
belerang, dan garam.
Biar selama tujuh hari
buang campuran
rendam dalam air limau nipis
lumur dengan warangan yang dicairkan
dalam air limau nipis.
Cuci dengan air kelapa
keringkan
lumur dengan minyak kelapa.
Besar jasa & pengorbanan mereka. Sekarang tinggal kita, setidak-tidaknya meneruskan tradisi kepahlawanan atau mengembangkan lagi ilmu mereka.
Wednesday, May 12, 2010
Pelekat kereta lok 9
Assalamulaikum.
Contoh pelekat kereta ini sekadar untuk menghangatkan keadaan..tak pasti sama ada ianya sekadar terpampang dalam blog atau kereta kita.
kalau ada cadangan dan pandangan ttg pelekat kereta tersebut sangat2 dialu-alukan.
Apa2 pun ianya mungkin akan menjadi projek gelanggang Sg Buloh untuk mencari dana atas sebarang keperluan yang berkaitan dengan gelanggang Sg Buloh.
Monday, May 10, 2010
Melihat 'melayu' dalam ukirannya.
Agak lama tidak membaca buku Datuk S.Ahmad Jamal (tokoh penting dalam seni visual negara)Lantaran terlibat secara aktif dalam seni visual, dan kecenderungan menjadikan 'melayu' sebagai subjek karya saya buku rupa dan jiwa tulisannya merupakan kitab wajib yang perlu dibaca..'melayu' mula mencari akar budayanya sejak dulu lagi cuma tahun 1979 ledakan mencari 'melayu' mula dibuat secara lebih tersusun oleh banyak pihak..ketika inilah menariknya kita dihambat dengan persoalan ttg siapa kita.
Tumbuh berpunca,
Punca penuh rahsia,
Tajam tidak menikam lawan,
Tegak tidak memaut kawan,
tapi berlegar penuh mesra.
Dalam mengemas semula ingatan tentang apa yang pernah saya baca suatu ketika dulu, mata terjeling ttg falsafah ukiran melayu dalam buku tersebut. Tarikan dari perkataan tersebut menyedarkan 'melayu' sentiasa menyelitkan makna dalam setiap terjemahan fikiran mereka. Tiada yang dilakukan secara semborono..tentang tuhan (tumbuh berpunca punca penuh rahsia) dan selebihnya tentang 'hablun minal nas' Hubungan antara manusia yang telah ditetapkan oleh allah dan dirukunkan dalam kehidupan mereka. Mereka benamkam maksudnya dalam setiap ukiran yang menjadi tata hias rumah mereka suatu ketika dulu. Hari ini kita gagal melihat maksudnya mahu pun menjadikannya sebagai rukun hidup kita. Sukur menjadi 'melayu' dewasa ini..kerana 'melayunya kita' sentiasa dihias luarannya sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)